CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 02, 2009

ya rabbi permudahkanlah jalan ke garisan penamat


MusicPlaylistRingtones
Music Playlist at MixPod.com

Friday, September 04, 2009

Tak sampai 3 bulan lagi...

Itulah tempoh yang aku ada kalau mengikut perancangan aku sebagai makhlukNya...kemudian aku harus kembali bekerja...perkembangan penulisan aku agak baik kerana telah berjaya menghantar dan memperoleh semula draf pertama bab keputusan...tetapi sebaliknya aku gusar sekarang

hati sangat bergelodak apabila penyelia aku mengutarakan soalan cepu emas yang sebenarnya juga bermain-main di ke ceruk yang paling belakang fikiran aku...yes i'm in denial...always. "saya pun tak pasti nak cakap cukup atau tidak untuk phD, sebab biasalah takde pengalaman lagi duduk dalam viva dan belum ada student phD yang dah habis (aku yang pertama lah...)"...hmm (dengan muka tenang dan suara kontrol).."kalau Dr kata macam tu maknanya tak cukup lah tu kot" aku meneka...(dalam hati nak menangis rasa....).."u jumpa la Prof J dulu...dia dah biasa dan banyak viva, dah banyak phD graduates..."

sungguh aku nak menangis...tapi belum menangis lagi...dan tadi tiba-tiba terfikir menjengah ke blog aku yang dah naik sawang ni...baru aku teringat post ini, ini dan ini..."cukuplah Allah bagiku" hanya Dia yang dapat membukakan jalan buntuku dan sempena Ramadhan Kareem ini, pintu langit terbuka luas untuk doa segala manusia; bantulah hambaMu ini...amiiin.

Wednesday, July 08, 2009

NVC2010

NVC2010 akan diadakan tak lama lagi. Kali ini ada penyertaan daripada kakitangan akademik UPM antaranya Dr. Nawal, Dr Raja Azmi dan mungkin beberapa nama lagi. Walaupun aku insyaAllah pada waktu itu tidak lagi berstatus pelajar UKM, penglibatan pada tahap yang sangat minimal tetap ada, terutama dalam mesyuarat teknikal dsbgnya.

Apapun, gambarajah dibawah ialah ketika NVC2007 yang lalu dimana penyertaan yang amat menggalakkan sehingga kami para ajk hanya dapat menghantar penyertaan secara poster sahaja.

Sesiapa berminat, nantikan jemputan penyertaan yang formalnya tidak lama lagi...




p/s. perut tu dah mengempis dah pada 24 Disember 2007 ;)

Friday, April 10, 2009

Lanjutan Cuti Belajar

Alhamdulillah surat dah sampai dari KPT. Suratnya tarikh 6 April, kire efisien lah tu sampai selang 2 hari je ke rumah...bravo. Teruskan usaha-usaha bersih, cekap dan amanah ni. Tempoh asal ialah dari 4 Julai 2006 sampai 3 Julai 2009, tapi dah dilanjutkan ke 3 Disember 2009. Memang seperti dalam perancangan awal aku yang aku tampal kat dinding di ruang kerja aku di UKM. Semoga semua berakhir dengan baik, dengan kehendakMu ya Rabbi. Amin.